NADI-Esukan: Etika Dalam Komuniti E-Sukan
7 September 2026 | Aktiviti Terkini6 September 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI-ESUKAN: Etika Dalam Komuniti E-Sukan. Seorang orang peserta telah mengikuti kelas ini di NADI Felda Pasoh 3.
Peserta didedahkan kepada kepentingan mengamalkan etika dan sikap positif dalam komuniti e-sukan. Peserta digalakkan bermain secara adil, menghormati pemain lain, mematuhi peraturan serta mengelakkan penggunaan bahasa kasar, penghinaan dan tindakan yang boleh mengganggu pemain lain. Selain itu, peserta perlu menjaga privasi dan keselamatan akaun serta menggunakan platform e-sukan secara bertanggungjawab. Amalan ini dapat mewujudkan komuniti e-sukan yang selamat, sihat, menyeronokkan dan saling menghormati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: